Dahulu sebelum memeluk Islam, rekod paling lama berada di dalam pusat snuker bersama rakan-rakan yang 15-30 tahun lebih tua dari saya adalah lebih kurang 12-14 jam non stop.
Masuk pusat snuker sebelum Maghrib dan keluar selepas Dhuha keesokan harinya. Lucky Ball dah biasa.
Bermain snuker ini bukan sekadar memasukkan sebiji bola ke dalam poket tetapi kita kena ‘placing’ untuk bola seterusnya. Kekuatan, fokus, teknik, balance & strategi diperlukan dalam snuker.
Fizikal kita akan penat setelah berdiri berjam-jam yang akan mengakibatkan mental (fokus) kita terjejas. Kekuatan mental jauh lebih penting dari kekuatan fizikal dalam aspek ini.
Main snuker bukan sekadar memasukkan bola tetapi kita juga kena merancang strategi untuk menyembunyikan bola agar lawan tidak berpeluang memasukkan bola ke dalam poket.
Adakala pihak lawan akan provok untuk ganggu fokus kita. Kesabaran diperlukan untuk memenangi pertarungan begini. Saya biasanya tak layan. Fokus.
*1 ‘Q’ record points? 40 je. Saja coretan tengahari ni.